HONDA CB500 | FORUM HONDA CB500 MALAYSIA

Penulis Topik: Membaca KOD yang tersimpan dalam PCM (Power-Train Control Module)  (Dibaca 472 kali)

mimzcbxadmin

  • Administrator
  • Newbie
  • *****
  • Pos: 12
  • Karma: +0/-0
  • Damage's done, don't regret, move forward...
    • Lihat Profil
Jika lampu "check engine anda menyala, anda boleh membaca sebarang kod yang tersimpan dalam PCM menggunakan teknik ini. Menggunakan maklumat yang diperolehi, ianya boleh membantu anda untuk mengetahui bahagian yang bermasalah dan seterusnya membawa motorsikal anda ke bengkel berdekatan untuk dibaiki.

Prosedur ini telah dilakukan pada motor Honda CB500X dan bagi versi CB500 yang lain juga sama.

Kod PCM akan berkedip pada MIL (Malfunction indicator lamp).

AMARAN: Anda akan memasukkan jumper ke DLC (diagnostic link connector) bagi tujuan itu. DLC adalah soket warna merah bawah tempat duduk motorsikal. Sila berhati-hati ketika membuat penyambungan dan pastikan jumper tidak bersentuhan dengan alatan lain. Sekiranya anda tidak yakin untuk melakukan prosedur ini sila tinggalkan tugas membaca kod kepada yang lebih arif. Saya tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kesilapan atau kerosakan harta benda atau kecederaan peribadi yang mungkin berlaku semasa melaksanakan tugasan ini.

Sekiranya MIL (Malfunction indicator lamp) sedang menyala, dengan enjin yang masih hidup, letakkan motorsikal dalam keadaan gear neutral. MIL (Malfunction indicator lamp) akan berkelip dan menunjukkan kod aktif. Sekiranya enjin motorsikal telah dimatikan, anda boleh membaca kod tersimpan menggunakan prosedur yang digariskan di bawah.

Langkah 1: Keluarkan tempat duduk
Pada model 500x, 500R dan 500F, cabut tempat duduk.

Langkah 2: Cari DLC (diagnostic link connector)
DLC (diagnostic link connector) soket warna merah berpenutup. Buka penutup bagi tujuan membuat penyambungan.

Langkah 3: Masukkan jumper ke jumper DLC
Untuk membaca kod dari PCM, anda perlu membuat penyambungan jumper dengan menggunakan klip kertas, wayar atau sebagainya ke dua pin dalam soket merah tu.
Perhatikan dengan teliti pada penyambung, ia mempunyai empat (4) wayar:

    BL / W (hitam dengan jalur putih) - 12V suis kuasa
    O / W (oren dengan Jalur putih) - K-LINE
    BR (coklat, tiada jalur) - SCS
    GR (hijau, tiada jalur) - Ground

A) Matikan enjin motorsikal.

B) Gunakan klip kertas diameter kecil dan masukkan ke dalam PIN BR (coklat) dan GR (hijau). Pastikan klip kertas tidak menyentuh apa-apa bahagian besi motorsikal.

Langkah 4: Hidupkan Motorsikal
Sebaik sahaja motorsikal dihidupkan sekiranya terdapat error yang disimpan, lampu MIL (Malfunction indicator lamp) akan mula berkedip.
Sekiranya tiada kod yang disimpan, MIL akan menyala tapi tidak berkelip.

Langkah 5: Cara membaca kod (s)
Kod ralat adalah berangka dan satu (contohnya kod '7') atau dua digit (mis. Kod '86') panjangnya.

Kod ditafsirkan berpandu kepada kelipan lampu "check engine". Contoh Kod 86
Kelip panjang 1.3 saat sebelum kelip seterusnya 8 kali dan kelip pendek 0.3 saat sebelum kelip seterusnya 6 kali = 86
Kod dipisahkan dengan beberapa ketika sebentar. Sekiranya terdapat lebih dari satu ralat, selepas kod yang pertama akan ada ketika lampu berhenti berkelip seketika kemudian ia akan memaparkan kod ralat yang kedua. Sekiranya semua kod telah dipaparkan,ianya akan diulangi sehingga suis motorsikal dimatikan

Apabila semua kod telah di catatkan, cabut jumper di DLC dan tutup semula penutup DLC bagi mengelakkan masuk air dan pasang semula tempat duduk motorsikal anda.

PCM codes and their meaning
PCM DTCs:

    1 - manifold absolute pressure (MAP) sensor (1-1=low voltage, 1-2=high voltage)
    7 - engine coolant temperature (ECT) sensor (7-1=low voltage, 7-2=high voltage)
    8 - throttle position (TP) sensor (8-1=low voltage, 8-2=high voltage)
    9 - intake air temperature (IAT) sensor (9-1=low voltage, 9-2=high voltage)
    11 - vehicle speed (VS) sensor (11-1=VS malfunction, intermittent connection etc)
    12 - #1 (left) fuel injector (12-1=FI malfunction, intermittent connection etc)
    13 - #2 (right) fuel injector (13-1=FI malfunction, intermittent connection etc)
    21 - oxygen (O2) sensor (21-1=O2S malfunction, intermittent connection etc)
    23 - oxygen (O2) heater (23-1=O2 heater malfunction, intermittent connection etc)
    29 - IACV (idle air control valve (29-1=IACV malfunction, intermittent connection etc)
    54 - BA (bank angle) sensor (54-1=low voltage, 54-2=high voltage)
    86 - serial communications (PCM to cluster) (86-1=communications error, bad power to cluster)


NOTE: There exists a code "33-2" which indicates an internal PCM (EEPROM) error but this is not flashed out on the MIL.

ABS DTCs:

    1 - Wheel speed sensor (1-1 and 1-2=front sensor or open circuit, 1-3 and 1-4=rear sensor or open circuit, 1-5=front or rear sensor short)
    2 - Pulser ring (2-1=front pulser ring or wiring, 2-3=rear pulser ring or wiring)
    3 - Solenoid valve malfunction (3-1, 3-2, 3-3, 3-4, 3-7 and 3-8 possible; each identifies specific fault)
    4 - Wheel lock (4-1=front wheel lock, 4-2=front wheel lock "wheelie", 4-3=rear wheel lock)
    5 - Pump motor lock (5-1=pump motor, fuse or wiring, 5-4=power supply relay problem)
    6 - Voltage supply (6-1=undervoltage, 6-2=overvoltage (check alterator output)
    7 - Tire malfunction (7-1=tire size problem)
    8 - ABS control unit (8-1=control unit malfunction)


Langkah ini telah dilakukan oleh saya sendiri dan ianya terbukti berkesan untuk mengesan sebarang ralat pada motorsikal. Panduan ini diperolehi dari forum luar negara "http://www.cbr500riders.com/forum/how-forum/30170-how-read-mil-codes-your-bike.html" Mudah-mudahan dapat menjadi panduan kita bersama.

 


Powered by EzPortal