HONDA CB500 | FORUM HONDA CB500 MALAYSIA

Author Topic: CB500 Valve Clearance  (Read 275 times)

mimzcbxadmin

  • Administrator
  • Newbie
  • *****
  • Posts: 14
  • Karma: +0/-0
  • Damage's done, don't regret, move forward...
    • View Profile
CB500 Valve Clearance
« on: November 11, 2018, 05:11:00 PM »
Saya budak baru belajar, jika salah mohon betulkan.
Sekadar pandangan peribadi selepas buat valve clearance.

Pengenalan – Apa itu Valve Clearance ?
Selepas penggunaan engine CB500 berterusan (drp tarikh memiliki CB500 ler), operasi valve buka & tutup di antara camshaft dan adjuster boleh menyebabkan berlaku 2 keadaan; sama ada valve boleh menjadi terlalu ketat atau valve boleh menjadi terlalu longgar.

Kenapa Perlu Buat Valve Clearance ?
Untuk adjust semula operasi valve yang terjejas ke kedudukan normal dengan penukaran shim.

Apa Impak Kalau Tak Buat Valve Clearance ?
Kesan sampingan - kehilangan mampatan,campuran udara dan bahan api yang lemah dan rasa motosikal kehilangan pemampatan dan kuasa. Secara deria boleh rasa bunyi “tik-tik” valve pd engine semakin kasar dan kuat. Impak besar BOLEH BERLAKU (bergantung pd nasib) sekiranya wujud masalah pada cam timing yang boleh menyebabkan valve menghentam piston. Tp setakat pengetahuan saya tidak pernah berlaku lagi kepada mana-mana CB500.

Bila Kena Buat Valve Clearance ?
Kalau ikut manual kena check shim setiap 24000km. Tp kalau dah ada bunyi “tik-tik” valve pd engine semakin kasar dan kuat, cepat-cepat la buat terutama pada yang heavy user sebagai preventive action sahaja ye (SEKALI LAGI DEN BGTAU INI PREVENTIVE ACTION BUKAN WAJIB). Takut ada lagi feedback "den dah pakai 200,000km tak buat valve clearance moto ok je..."

Macam Mana buat Valve Clearance ?
Buka head, ukur kedudukan shim dan tukar shim yang telah terjejas (terdapat 8 shim pada CB500). Saya bahagikan kepada 2 kategori barang2 yg dibuat semasa proses valve clearance :

BAHAGIAN 1 - WAJIB TUKAR (COMPULSORY)
1. Engine Oil
2. Oil Filter
3. Plug
4. Coolant
5. Shim yang terjejas (dalam kes saya hanya 2 shim yang terjejas daripada 8 dan hanya 2 shim yang ditukar, dan keduanya shim pada valve minyak, surprisingly shim bahagian valve ekzos masih normal, selalu shim bhgn ni yang terjejas)

BAHAGIAN 2 – PILIHAN TUKAR (OPTIONAL)
1. Gasket Cylinder Head (seboleh-bolehnya tukar tp kalau masih lembut still boleh guna kembali. Kebiasaannya lepas sesuatu jangka panjang gasket akan menjadi keras dan kalau gasket asal dibuka ia akan kembang sedikit (sifat fizikal getah) Terpulang pada anda sama ada nak guna semula atau tukar pd yg baru. Namun jika anda memilih untuk guna semua sekiranya wujud leaking jgn salahkan mechanic anda ye ....)

Berapa Kos Valve Clerance ?
1. Engine Oil (bergantung pd jenis dan jenama), saya letak paling murah EO Honda dalam RM18 x 3 botol = RM54
2. Oil Filter (pun sama bergantung pd jenis dan jenama yang dipilih), saya letak OF Honda Jepun = RM50
3. Plug (pun sama bergantung pd jenis dan jenama yang dipilih). Saya letak plug Honda RM12 x 2 = RM24
4. Coolant (pun sama bergantung pd jenis dan jenama yang dipilih). Saya letak coolant Honda RM15 x 3 botol = RM45
5. Shim sebutir = RM28 kalau tukar semua maximum = RM224
6. Gasket Cylinder Head – yang ini memang kena pakai OEM untuk CB500 harga = RM160
7. Upah (bergantung pd kedai dan pomen yang dipilih yang anda percaya); berdasarkan research saya ada kedai menawarkan serendah RM80 hingga maximum RM200 untuk upah valve clearance. Untuk kes saya, saya pilih atas dasar keselesaan dan saya tahu cara kerja mechanic tersebut walaupun kosnya agak mahal iaitu RM200 (saya juga gunakan perkhidmatan beliau untuk buat full bike check-up dan upah tersebut termasuk sekali).

SO ANGGARAN KOS KESELURUHAN = tidak melebihi RM800 berdasarkan kebergantungan di atas. Boleh congak sendiri jika ada tak ambil (cth tak tukar gasket), bilangan shim yg ditukar etc.

Tq.

Credit to Mr. Faizal Aziz
original post diambil dari sumber https://www.facebook.com/groups/HondaCBR500Malaysia/permalink/1364049623705581/

 


Powered by EzPortal