HONDA CB500 | FORUM HONDA CB500 MALAYSIA

Author Topic: Service fork depan  (Read 223 times)

izhar

  • Newbie
  • *
  • Posts: 2
  • Karma: +0/-0
    • View Profile
Service fork depan
« on: October 28, 2018, 01:04:47 PM »
Setelah menempuh perjalanan lebih 40k km suspension depan terasa sgt lembut dan tibalah masanya untuk melakukan servis pada suspension depan. Servis kali ni sgt straight forward je sebab tiada sebarang kebocoran pada fork kiri dan kanan jadi xperlulah nk buka habis fork tu cuma tanggalkan fork, buka fork cap,  keluarkan minyak lama dan tuangkan ke dalam bekas (botol mineral kecil) dan tandakan paras minyak yg dikeluarkan pada setiap fork macam gambar dibawah. Nampak tu punya la kotor mcm kopi.



Cuci tiub fork dengan air sabun dan toskan selama beberapa jam sehingga air dlm tiub betul-betul kering. Bila dah kering bolehla masukkan minyak fork baru yg putih jernih mcm air.  Kali ni saya guna minyak fork fully synthetic dari liqui molly dgn viscosity  15W.



Honda sarankan penggunaan minyak 10w tapi sebab susah nk dapat saya buat keputusan untuk cuba 15w. Ternyata selepas tukar ke 15w rasa pemanduan lebih selesa terutama ketika mengambil selekoh. Cuma ada rasa sikit keras dipermukaan jalan yg grubble tapi masih boleh diterima.

Kesimpulan cara untuk tukar minyak fork.
1. Keluarkan fork kiri dan kanan. Sebelum keluarkan fork dari braket longgarkan penutup fork terlebih dahulu.
2. Buka penutup fork, keluarkan minyak dari tiub ke dalam bekas dan tandakan aras minyak untuk ke dua2 belah fork.
3. Cuci bahagian dalam dan luar fork sehingga bersih dan toskan sehingga air kering.
4. Masukkan minyak baru dan pasangkan semula fork.

Sekian.

 


Powered by EzPortal