HONDA CB500 | FORUM HONDA CB500 MALAYSIA

Penulis Topik: Panduan untuk Flush radiator  (Dibaca 328 kali)

mimzcbxadmin

  • Administrator
  • Newbie
  • *****
  • Pos: 12
  • Karma: +0/-0
  • Damage's done, don't regret, move forward...
    • Lihat Profil
Panduan untuk Flush radiator
« pada: Ogos 27, 2017, 09:15:59 »
Bagi mengekalkan enjin motorsikal dalam keadaan baik ianya haruslah diselenggara apabila sampai waktu yang sesuai. Salah satu perkara penting untuk diberi perhatian adalah penukaran air/coolant yang terdapat di dalam radiator. Air/coolant radiator haruslah diganti apabila sampai waktuanya bagi mengekalkan tahap kesejukan enjin dalam keadaan baik. Bagi CB500X kebiasaannya coolant perlulah ditukar paling baik apabila Mileage melebihi 20000km. Di bawah ini diterangkan cara-cara untuk mengganti coolant di dalam radiator.

Nota penting: Pastikan motor dalam keadaan sejuk.

1. Buka cover plastic dibahagian hadapan.

2. Buka penutup radiator.

3. Buka Host atau longgarkan skru drain dibahagian Waterpump

4. Keluarkan air/coolant dari radiator

5. Dalam keadaan enjin dimatikan, flush sepenuhnya coolan lama dengan cara memasukkan air dari bahagian radiator dan biarkan air keluar di bawah sehingga air jernih.

6. Ikat dan ketatkan semula skrew drain atau masukkan semula host dibahagian waterpump.

7. Tuang coolant baru dari atas cap radiator menggunakan corong yang sesuai sehingga penuh.         
     
8. Apabila enjin motorsikal dihidupkan enjin akan menyedut coolant yg sedia ada di dalam radiator. Tambah coolant perlahan-lahan sehingga penuh.

9. Buka cover motosikal di bahagian kiri dan isi coolant ke dalam bekas simpanan coolant. Pastikan agar tidak mengisi coolant melebihi "Upper Level"     

9. Selepas menggantikan coolant baru, untuk beberapa hari check tangki simpanan coolant dan tambah sekiranya perlu.

10. Selesai

Panduan ini telah dikongsi oleh En.Azham dari group FNE. Terima kasih dan mudah-mudahan dapat menjadi panduan kita bersama.










« Edit Terakhir: Ogos 27, 2017, 10:03:31 oleh mimzcbxadmin »

 


Powered by EzPortal