HONDA CB500 | FORUM HONDA CB500 MALAYSIA

Penulis Topik: Panduan menukar Waterpum  (Dibaca 338 kali)

mimzcbxadmin

  • Administrator
  • Newbie
  • *****
  • Pos: 12
  • Karma: +0/-0
  • Damage's done, don't regret, move forward...
    • Lihat Profil
Panduan menukar Waterpum
« pada: Ogos 17, 2017, 08:25:07 »
Pertama sekali pastikan motorsikal berada dalam keadaan tegak, rata dan berada di atas permukaan yg keras. Corong kecil diperlukan untuk memudahkan pengisian semula coolant baru.  Sila sediakan bekas dibawah waterpump supaya air dan minyak tidak tumpah dilantai. Cover dibahagian bawah, tepi kiri dan kanan perlu dibuka terlebih dahulu bagi memudahkan capaian ke penutup radiator.

Terdapat dua tempat untuk mengeluarkan air dari radiator iaitu di bahagian waterpump dan bahagian depan blok silinder. Untuk mengeluarkan sepenuhnya air dari radiator adalah disarankan untuk membuka kedua-dua bahagian. Pastikan penutup radiator telah  dibuka terlebih dahulu supaya tekanan angin yang terdapat di dalam radiator tidak menyekat pengeluaran air dari radiator.


Draining point dibahagian waterpump


Draining point dibahagian cylinder blok.


Sebaik sahaja coolant telah dikeluarkan, barulah boleh membuka waterpum. Cabut 3 hos yang menyambung ke waterpum dan buka tiga bolt kecil (Lihat gambar pertama). Gunakan playar yang sesuai untuk mengeluarkan hos yang menyambung ke bahagian waterpum.



Waterpum baru

Sapukan sedikit minyak untuk memudahkan waterpum dimasukkan. Pasang semula hos dan skru semula waterpump dengan kemas.Akhir sekali bolehlah masukkan coolant baru mengikut jumlah yang disarankan dalam manual.

Artikel ini telah diambil dari forum asal https://www.cb500x.com/index.php/topic,5972.0.html dan telah diolah agar ianya ringkas dan mudah difahami. Mudah-mudahan dapat jadi panduan untuk kita semua.

« Edit Terakhir: Ogos 17, 2017, 08:28:11 oleh mimzcbxadmin »

 


Powered by EzPortal