HONDA CB500 | FORUM HONDA CB500 MALAYSIA

Author Topic: TARGET FIXATION - FAHAMI CARA MENGATASINYA  (Read 399 times)

izhar

  • Guest
TARGET FIXATION - FAHAMI CARA MENGATASINYA
« on: August 06, 2017, 07:24:33 PM »
Tahukah anda, Target Fixation merupakan antara punca kemalangan bagi kebanyakan penunggang motorsikal, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mula berjinak main corner?

Istilah Target Fixation ini merujuk kepada keadaan di mana anda, dalam keadaan panik mengfokuskan ke arah halangan/bahaya lantas secara tidak sengaja mengemudi motorsikal anda ke arah halangan/bahaya tersebut walaupun anda masih berpeluang untuk mengelaknya.

Kebiasaanya terjadi di bahagian selekoh yang sukar (perkara biasa di Klawang KKIC), penunggang yang tidak berpengalaman akan mudah panik dan tidak yakin mereka dapat melepasi selekoh tersebut lantas mata dan perhatian mereka tertumpu kepada penghadang jalan yang mereka rasakan bakal dirempuh. Walaupun motorsikal mereka masih mampu melepasi selekoh tersebut (jika dikawal dengan betul), sebaliknya yang terjadi, reaksi panik mereka secara tidak sengaja cuba untuk menegakkan semula motorsikal dan menuju ke arah halangan lantas mengakibatkan kemalangan.

Mungkin sukar untuk dihadam dengan teks sahaja, boleh tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut dari segi visual.

[/yt_user]

Bagaimana untuk mengatasinya?

1. Gerakkan kepala semasa melihat
Jangan hanya melihat arah yang ingin dituju dengan pergerakan mata sahaja. Halakan juga kepala anda ke arah yang sama. Dengan cara ini anda boleh meningkatkan tahap fokus penunggangan anda.

2. Scan sentiasa
Dengan sentiasa perhati dan kenal pasti objek-objek dan halangan di hadapan, mengurangkan fokus anda ke arah satu-satu objek - ini untuk mengelakkan anda terus fokus kepada objek tersebut semasa kecemasan.

3. Bercakap dengan diri sendiri
Mungkin kedengaran mengarut, tetapi bercakap dan memberi arahan kepada diri anda apa yang sepatutnya dilakukan dapat meningkatkan lagi tahap fokus anda. Terutama semasa mengambil selekoh, di mana anda mungkin kehilangan fokus apabila situsasi cemas berlaku secara tiba-tiba (cth. tayar belakang menggelongsor)

4. Pandang jauh ke hadapan
Sentiasa lihat jauh ke hadapan memberikan lebih masa kepada anda untuk memproses maklumat dan seterusnya memberi ruang untuk anda bersedia menghadapi selekoh atau halangan dengan kelajuan yang bersesuaian. Ia juga membantu mengurangkan risiko situasi panik.

5. Bertenang dan fahami had anda
Target Fixation mudah berlaku jika anda dalam keadaan stress. Kebiasaan terjadi kepada peserta konvoi di mana mereka yang ketinggalan cuba untuk mengejar rakan-rakan lain di hadapan. Situasi panik dan kekurangan kemahiran (dan juga keyakinan) bakal membuatkan anda kecundang. Seeloknya bertenang dan gunakan peluang ini untuk enjoy pemandangan. Mudah-mudahan jadi panduan kita bersama.

Sumber artikel diambil dari zamiryusof.blogspot.my
« Last Edit: August 07, 2017, 10:01:04 AM by mimzcbxadmin »

 


Powered by EzPortal