HONDA CB500 | FORUM HONDA CB500 MALAYSIA

Pos Terbaru

Laman: [1] 2 3
1
Pengenalan Ahli Baru / Per:Salam ukhuwah
« Pos terakhir oleh mimzcbxadmin pada Jun 07, 2018, 02:52:36  »
Selamat datang...
2
Pengenalan Ahli Baru / Per:Salam ukhuwah
« Pos terakhir oleh hairudinm1221 pada Mei 17, 2018, 12:06:41  »
Assalam..salam perkenalan
3
Umum / Pembakaran dalam enjin
« Pos terakhir oleh mimzcbxadmin pada September 19, 2017, 10:28:13  »
Macam ni rupanya pembakaran di dalam enjin.

4
Servis / Panduan untuk Flush radiator
« Pos terakhir oleh mimzcbxadmin pada Ogos 27, 2017, 09:15:59  »
Bagi mengekalkan enjin motorsikal dalam keadaan baik ianya haruslah diselenggara apabila sampai waktu yang sesuai. Salah satu perkara penting untuk diberi perhatian adalah penukaran air/coolant yang terdapat di dalam radiator. Air/coolant radiator haruslah diganti apabila sampai waktuanya bagi mengekalkan tahap kesejukan enjin dalam keadaan baik. Bagi CB500X kebiasaannya coolant perlulah ditukar paling baik apabila Mileage melebihi 20000km. Di bawah ini diterangkan cara-cara untuk mengganti coolant di dalam radiator.

Nota penting: Pastikan motor dalam keadaan sejuk.

1. Buka cover plastic dibahagian hadapan.

2. Buka penutup radiator.

3. Buka Host atau longgarkan skru drain dibahagian Waterpump

4. Keluarkan air/coolant dari radiator

5. Dalam keadaan enjin dimatikan, flush sepenuhnya coolan lama dengan cara memasukkan air dari bahagian radiator dan biarkan air keluar di bawah sehingga air jernih.

6. Ikat dan ketatkan semula skrew drain atau masukkan semula host dibahagian waterpump.

7. Tuang coolant baru dari atas cap radiator menggunakan corong yang sesuai sehingga penuh.         
     
8. Apabila enjin motorsikal dihidupkan enjin akan menyedut coolant yg sedia ada di dalam radiator. Tambah coolant perlahan-lahan sehingga penuh.

9. Buka cover motosikal di bahagian kiri dan isi coolant ke dalam bekas simpanan coolant. Pastikan agar tidak mengisi coolant melebihi "Upper Level"     

9. Selepas menggantikan coolant baru, untuk beberapa hari check tangki simpanan coolant dan tambah sekiranya perlu.

10. Selesai

Panduan ini telah dikongsi oleh En.Azham dari group FNE. Terima kasih dan mudah-mudahan dapat menjadi panduan kita bersama.










5
Teknikal / Panduan menukar Waterpum
« Pos terakhir oleh mimzcbxadmin pada Ogos 17, 2017, 08:25:07  »
Pertama sekali pastikan motorsikal berada dalam keadaan tegak, rata dan berada di atas permukaan yg keras. Corong kecil diperlukan untuk memudahkan pengisian semula coolant baru.  Sila sediakan bekas dibawah waterpump supaya air dan minyak tidak tumpah dilantai. Cover dibahagian bawah, tepi kiri dan kanan perlu dibuka terlebih dahulu bagi memudahkan capaian ke penutup radiator.

Terdapat dua tempat untuk mengeluarkan air dari radiator iaitu di bahagian waterpump dan bahagian depan blok silinder. Untuk mengeluarkan sepenuhnya air dari radiator adalah disarankan untuk membuka kedua-dua bahagian. Pastikan penutup radiator telah  dibuka terlebih dahulu supaya tekanan angin yang terdapat di dalam radiator tidak menyekat pengeluaran air dari radiator.


Draining point dibahagian waterpump


Draining point dibahagian cylinder blok.


Sebaik sahaja coolant telah dikeluarkan, barulah boleh membuka waterpum. Cabut 3 hos yang menyambung ke waterpum dan buka tiga bolt kecil (Lihat gambar pertama). Gunakan playar yang sesuai untuk mengeluarkan hos yang menyambung ke bahagian waterpum.



Waterpum baru

Sapukan sedikit minyak untuk memudahkan waterpum dimasukkan. Pasang semula hos dan skru semula waterpump dengan kemas.Akhir sekali bolehlah masukkan coolant baru mengikut jumlah yang disarankan dalam manual.

Artikel ini telah diambil dari forum asal https://www.cb500x.com/index.php/topic,5972.0.html dan telah diolah agar ianya ringkas dan mudah difahami. Mudah-mudahan dapat jadi panduan untuk kita semua.

6
Pengenalan Ahli Baru / Per:Salam ukhuwah
« Pos terakhir oleh chimin80 pada Ogos 07, 2017, 03:59:10  »
Salam.. saya dari sri gombak. Sebelah kedai tuan pres 😄😄
7
Ride/Jelajah / Per:FNE Bikers Ride Langgar Border ( Phuket/ Koh Samui )
« Pos terakhir oleh chimin80 pada Ogos 07, 2017, 03:51:18  »
Jom jom jom masih sempat ni
8
Ride/Jelajah / FNE Bikers MegaRide 2017
« Pos terakhir oleh mimzcbxadmin pada Ogos 07, 2017, 12:38:02  »
Day Ride
Rv.Dataran merdeka
Tarikh..29/10/2017
Lokasi..pangkalan balak melaka

FNE Bikers MegaRide 2017 XTVT bersama anak yatim di Melaka. Dijemput bagi yang berkelapangan untuk memeriahkan dan sama-sama meraikan anak yatim. Jadual penuh akan dikemaskini nanti.
9
Umum / 3 TEKNIK UTAMA UNTUK 'ATTACK' CORNER.
« Pos terakhir oleh izhar pada Ogos 06, 2017, 07:34:28  »


Layan corner hujung minggu memang seronok. Dengan Yamaha R25 Movistar sudah habis pantang, tayar Battlax S20 Evo baru tukar, full leather suit dan helmet AGV Corsa Soleluna, terasa seperti ada semangat Valentino Rossi menyerap ke jiwa anda. Hujung minggu tiba dan anda sudah tak sabar hendak merakus selekoh-selekoh di Klawang International Circuit.

Apa yang tidak seronok?

Bila anda cuma ada semangat, tapi masih tidak ada kemahiran untuk memacu motorsikal anda ke tahapnya. Sehinggakan Uncle naik EX5 jual sayur pun boleh selamba 'tapau' anda sampai dah tak nampak bayang...Mesti 'terbakar' kan?

Memahami frustration rider-rider sportbike baru di luar sana, artikel kali ini admin akan kongsikan 3 Teknik atau 'Senjata' Utama yang mesti anda fahami dan praktis untuk 'attack' corner dengan lebih keyakinan dan semestinya lebih pantas. Teknik-teknik ini bersifat umum jadi tidak kira anda menunggang sportbike atau kapchai ia masih boleh diaplikasi dan diadaptasikan untuk penunggangan anda.

1. COUNTERSTEERING


Ramai rider sedia maklum dan faham, membelok atau mengambil selekoh memerlukan motorsikal dan penunggangnya dalam posisi leaning (menyerong). Bagaimanapun tidak ramai yang tahu mengenai aspek kritikal dalam proses ini - countersteering.

Countersteering ialah teknik di mana secara sedar atau tidak, diguna untuk memulakan proses leaning. Tidak seperti kereta di mana ada steer (kemudi) ke kiri untuk belok kiri dan sebaliknya, countersteering memerlukan anda steer ke kanan untuk membelok ke kiri dan steer ke kiri untuk belok ke kanan. Untuk memahaminya secara mendalam, anda mungkin perlu fahami kaitan camber thrust, roll angle dan centripetal force. Untuk mudahkan pemahaman, kita langkau penjelasan secara engineering dan terus kepada praktikal sahaja, OK?

Untuk fahami secara praktikal mudah sahaja. Bawa motorsikal anda secara perlahan (~20km/j) di jalan yang lurus, permukaan elok dan paling penting tidak ada kenderaan lain yang sibuk lalu lalang. Longgarkan genggaman dan tarik handlebar dengan tangan kanan (pastikan pendikit tidak dipulas mengejut)[1].

Apa yang akan terjadi, roda depan akan menghala ke kanan dan dalam masa yang sama motorsikal anda akan segera menyerong ke kiri sebagai tindak balas[2]. Gabungkan countersteering tadi dengan perpindahan berat ke alas pemijak (dalam kes ini, alas pemijak kiri), anda boleh kemudi motorsikal anda secara segera tidak kira berapa beratnya [3&4]. Siapa cakap motor berat susah nak layan corner?

Mungkin kedengaran agak remeh, namun pemahaman anda terhadap teknik countersteering secara sedar boleh melatih anda untuk membelok dan mengambil selekoh dengan lebih sempurna tidak kira motorsikal apa yang anda tunggang. Masih kurang faham? Boleh tengok video di bawah.

2. HANGING OFF

Kedudukan titik graviti yang normal; dot besar mewakili gabungan titik graviti motorsikal dan penunggang.

Daya pecutan sesebuah motorsikal bergantung kepada kadar cengkaman jalan dan ini bergantung kepada contact patch (saiz sentuhan) antara tayar dan permukaan jalan. Posisi menegak memberikan cengkaman terbaik menerusi contact patch yang besar, melalui lebar tayar dan kekuatan sistem gantungan (suspension). Bagaimanapun semasa mengambil selekoh, motorsikal perlu diserongkan lantas mengecilkan contact patch seterusnya mengurangkan kadar cengkaman jalan; mengurangkan juga kebolehan motorsikal untuk dipacu lebih laju tanpa menjejaskan kendalian (kekurangan cengkaman jalan boleh mengakibatkan roda belakang mudah spin lantas hilang kawalan).

Salah satu faktor yang menentukan kekuatan cengkaman adalah titik graviti; dalam kes ini gabungan titik graviti motorsikal dan penunggang. Sebagai bantuan visual, dalam rajah-rajah di sini dot merah besar mewakili kedudukan gabungan titik graviti penunggang dan motorsikal yang mana diwakili oleh dot merah kecil. Semakin rendah kedudukan titik graviti (dot merah besar), semakin tinggi daya dihasilkan ke atas permukaan tayar lantas memberikan contact patch yang lebih besar. Namun disebabkan gerak hati penunggang untuk kekal dalam keadaan menegak menyebabkan mereka mengubah kedudukan titik graviti ke-luar; mengurangkan contact patch dan memberikan beban tidak seimbang kepada sistem gantungan.


Kedudukan titik graviti semakin meninggi mengurangkan daya yang memberikan cengkaman jalan pada tayar.

Untuk memberikan contact patch dan cengkaman yang lebih kuat pada sudut serongan yang sama (anggap motorsikal anda sudah mencapai had sudut serongan), anda perlu biasakan diri untuk merendahkan kedudukan titik graviti anda.

Caranya ialah dengan 'hanging off', mengubah posisi badan anda ke sebelah dalam selekoh. Dengan posisi ini, anda telah mengubah kedudukan gabungan titik graviti lebih rendah lantas memberikan contact patch yang lebih besar, memberi cengkaman yang lebih kuat dan membenarkan anda untuk memecut lebih laju di selekoh.

Melunjurkan lutut atau kaki (seperti pelumba MotoGP) tidak mengubah titik graviti namun boleh membantu sebagai support untuk mengekalkan sudut serong semasa selekoh. Walaupun teknik ini kelihatan sedikit 'keterlaluan' untuk digunakan di atas jalan raya , ia tetap berguna untuk dilatih sebagai persiapan dalam waktu terdesak, contohnya jika anda tersilap mengagak kelajuan masukan (entry speed) dan sudah menghampiri had sudut serong motorsikal anda.


3. PERFECT CORNERING LINE


Memilih cornering line yang sesuai bukan sahaja menjadikan anda lebih pantas malah memberikan ruang untuk anda bertindak semasa keluar selekoh. Cornering line di sini meliputi entry (masukan), apex (bahagian terdalam selekoh) dan exit (keluar), dan boleh dibahagikan kepada early atau late apex (maaf, tidak semua perkataan bahasa Inggeris sesuai diterjemahkan).

Kebanyakan rider baru akan terpengaruh untuk melaluk early apex, yang mana memberikan mereka ruang cornering yang sempit lantas menyebabkan mereka memperlahankan motorsikal lebih daripada sepatutnya dan juga tersasar (running wide) dari garis cornering ideal. Early apex juga memberikan risiko titik buta semasa anda sudah dalam posisi cornering, seterusnya menyempitkan ruang untuk anda bertindak sekiranya terdapat halangan di bahagian exit.

Cornering line yang sesuai sama ada late apex atau typical apex (juga dirujuk sebagai correct line), bergantung kepada selekoh sama ada blind corner atau tidak; merujuk kepada selekoh yang anda tidak nampak situasi keluarnya, disebabkan oleh titik buta (blind spot) yang terdiri daripada halangan semulajadi seperti lereng bukit atau bukan semulajadi seperti papan tanda. Di bawah merupakan contoh langkah-langkah pengendalian sekiranya anda memilih untuk mengikut correct line.


KONKLUSI

Walaupun teknik-teknik dan kemahiran di atas bakal membuatkan anda lebih pantas di selekoh, jangan terlupa yang ia tetap memerlukan anda mempunyai kelengkapan yang betul untuk tunggangan yang lebih selamat. Sentiasa pilih tayar yang sesuai (pakai sportbike tapi tayar touring, pun tak jadi juga kalau betul-betul nak meratah corner), kelengkapan keselamatan yang mencukupi dan etika tunggangan yang cermat terutamanya jika menunggang dalam berkumpulan.

Artikel dipetik dari zamiryusof.blogspot.my . Mudah-mudahan boleh jadi panduan kita bersama
10
Umum / TARGET FIXATION - FAHAMI CARA MENGATASINYA
« Pos terakhir oleh izhar pada Ogos 06, 2017, 07:24:33  »
Tahukah anda, Target Fixation merupakan antara punca kemalangan bagi kebanyakan penunggang motorsikal, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mula berjinak main corner?

Istilah Target Fixation ini merujuk kepada keadaan di mana anda, dalam keadaan panik mengfokuskan ke arah halangan/bahaya lantas secara tidak sengaja mengemudi motorsikal anda ke arah halangan/bahaya tersebut walaupun anda masih berpeluang untuk mengelaknya.

Kebiasaanya terjadi di bahagian selekoh yang sukar (perkara biasa di Klawang KKIC), penunggang yang tidak berpengalaman akan mudah panik dan tidak yakin mereka dapat melepasi selekoh tersebut lantas mata dan perhatian mereka tertumpu kepada penghadang jalan yang mereka rasakan bakal dirempuh. Walaupun motorsikal mereka masih mampu melepasi selekoh tersebut (jika dikawal dengan betul), sebaliknya yang terjadi, reaksi panik mereka secara tidak sengaja cuba untuk menegakkan semula motorsikal dan menuju ke arah halangan lantas mengakibatkan kemalangan.

Mungkin sukar untuk dihadam dengan teks sahaja, boleh tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut dari segi visual.

[/yt_user]

Bagaimana untuk mengatasinya?

1. Gerakkan kepala semasa melihat
Jangan hanya melihat arah yang ingin dituju dengan pergerakan mata sahaja. Halakan juga kepala anda ke arah yang sama. Dengan cara ini anda boleh meningkatkan tahap fokus penunggangan anda.

2. Scan sentiasa
Dengan sentiasa perhati dan kenal pasti objek-objek dan halangan di hadapan, mengurangkan fokus anda ke arah satu-satu objek - ini untuk mengelakkan anda terus fokus kepada objek tersebut semasa kecemasan.

3. Bercakap dengan diri sendiri
Mungkin kedengaran mengarut, tetapi bercakap dan memberi arahan kepada diri anda apa yang sepatutnya dilakukan dapat meningkatkan lagi tahap fokus anda. Terutama semasa mengambil selekoh, di mana anda mungkin kehilangan fokus apabila situsasi cemas berlaku secara tiba-tiba (cth. tayar belakang menggelongsor)

4. Pandang jauh ke hadapan
Sentiasa lihat jauh ke hadapan memberikan lebih masa kepada anda untuk memproses maklumat dan seterusnya memberi ruang untuk anda bersedia menghadapi selekoh atau halangan dengan kelajuan yang bersesuaian. Ia juga membantu mengurangkan risiko situasi panik.

5. Bertenang dan fahami had anda
Target Fixation mudah berlaku jika anda dalam keadaan stress. Kebiasaan terjadi kepada peserta konvoi di mana mereka yang ketinggalan cuba untuk mengejar rakan-rakan lain di hadapan. Situasi panik dan kekurangan kemahiran (dan juga keyakinan) bakal membuatkan anda kecundang. Seeloknya bertenang dan gunakan peluang ini untuk enjoy pemandangan. Mudah-mudahan jadi panduan kita bersama.

Sumber artikel diambil dari zamiryusof.blogspot.my
Laman: [1] 2 3

Powered by EzPortal